Skip to content
Menu
Menu

Membina semula gigi semula jadi dan memulihkan gigi yang hilang 

Prostodontik

Di Lee Dental Kajang, kami dengan berbesar hati menyediakan rawatan prostetik khas yang tercanggih.

Prostodontik adalah bidang pergigian yang melibatkan diagnosis dan rawatan masalah rongga mulut yang mempengaruhi fungsi, keselesaan, wajah dan kesihatan pesakit.

Rawatan prostodontik sering digunakan untuk membina semula gigi semula jadi dan memulihkan gigi yang hilang dengan penggantian prostetik.

Perkhidmatan prostodontik yang kami menawarkan kepada pesakit dewasa merangkumi korona dan jambatan pergigian serta dentur.

Korona & Jambatan Pergigian

Lee Dental Kajang bukan setakat sahaja memberi perkhidmatan pergigian, tetapi kami juga berhasrat untuk mencapai rawatan pergigian yang tidak dapat dikesan.

Ramai orang sering berharap gigi yang rosak dapat berbaik pulih secara persendirian. Malangya, gigi tidak akan menyembuhkan atau memulihkan enamel yang rosak di permukaannya.

Kehilangan gigi boleh menyebabkan akibat yang serius kerana ia boleh menyebabkan kerosakan gigi, penyakit gusi dan maloklusi akibat daripada pergerakan gigi-gigi bersebelahan. Akhirnya, kehilangan gigi akan menyebabkan kesukaran untuk makan dan bercakap serta menjejaskan penampilan wajah anda.

Kami boleh membantu melindungi dan memulihkan gigi anda dengan korona gigi atau jambatan gigi.

Korona pergigian merupakan bahan pergigian yang ditempatkan di luar gigi, manakala jambatan pergigian adalah penyelesaian untuk mengganti gigi yang hilang. Korona dan jambatan pergigian adalah rawatan pergigian serba boleh yang dapat melindungi gigi yang lemah daripada jangkitan bakteria, menggantikan gigi yang rosak, menutup gigi atau implan gigi, memegang jambatan pergigian di tempatnya dan memberikan penampilan wajah yang kelihatan semula jadi.

Jika anda mempunyai gigi yang rosak atau lemah, maka menguatkan gigi tersebut dengan menjadualkan janji temu dengan kami untuk mendapatkan rawatan korona dan jambatan pergigian.

Dentur

Dentur, yang juga dikenali sebagai “gigi palsu” adalah sejenis prostesis sebagai  pengganti kepada gigi semula jadi yang hilang, yang digunakan sejak beberapa dekad yang lalu. Dentur mempunyai tampilan dan fungsi yang serupa dengan gigi semula jadi. Terdapat dua jenis gigi palsu, iaitu gigi palsu yang lengkap dan gigi palsu separa.

Doktor gigi kami boleh menyediakan gigi palsu tempahan khas yang digunakan sebagai set pengganti gigi untuk memenuhi keperluan setiap pesakit. Dengan memakai gigi palsu yang dibuat khas, pesakit akan dapat makan dan bercakap dengan lebih senang. Kami juga akan memberi penyelenggaraan berterusan kepada gigi palsu untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.

Jika anda berminat untuk membuat tempahan gigi palsu khas yang kelihatan serupa dengan gigi semula jadi, hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gigi palsu separa dan gigi palsu lengkap.

Anda mungkin akan berminat dengan servis lain-lain

DEWASA DAN ORANG TUA Pergigian Geriatrik

IMPLAN GIGI Pergigian Pembedahan

PENAMPALAN GIGI Pergigian Am & Keluarga

SINAR-X PERGIGIAN Sinar-X Pergigian

ABOUT US

Established in 2012, Lee Dental Surgery is a leading dental healthcare provider in Kajang. We have a professional team of dentists who are committed to Excellence in Dentistry. Equipped with the latest dental equipments, our team assures patient-oriented treatments with outstanding quality and results.

LINKS

ADDRESS

Kajang
Lot A-3A-1, 4th Floor, Jalan Avenue 1A, MKH Avenue, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
(Get Direction: Google Map / Waze)
+603-8736 8398 (Primary)
+603-8741 4233
+6010-2207 221

BUSINESS HOUR

MON-FRI: 9:30AM~6:30PM
SATURDAY: 9:30AM~5:30PM
SUNDAY: 9:30AM~3:30PM

Please call for an appointment

ABOUT US

Established in 2012, Lee Dental Surgery is a leading dental healthcare provider in Kajang. We have a professional team of dentists who are committed to Excellence in Dentistry. Equipped with the latest dental equipments, our team assures patient-oriented treatments with outstanding quality and results.

LINKS

ADDRESS

Kajang
Lot A-3A-1, 4th Floor, Jalan Avenue 1A, MKH Avenue, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
(Get Direction: Google Map / Waze)
+603-8736 8398 (Primary)
+603-8741 4233
+6010-2207 221

BUSINESS HOUR

MON-FRI: 9:30AM~6:30PM
SATURDAY: 9:30AM~5:30PM
SUNDAY: 9:30AM~3:30PM

Please call for an appointment

© 2012-2025 Lee Dental Kajang. This website is managed by Aftersix.Co.
Your usage of this website indicates that you agree to be bound by our Terms of Service Policy, Acceptable Use Policy, Cookie Policy, and Privacy Policy.