Pasukan Profesional Pergigian yang komited untuk Mencapai Kecemerlangan Bidang Pergigian sejak 2012
Tentang Lee Dental Kajang
Lee Dental Kajang diasaskan oleh Dr. Sharon Lee pada tahun 2012. Pasukan profesional pergigian yang berkomitmen demi mencapai kecemerlangan dalam bidang pergigian telah menjadikan Lee Dental Kajang sebagai klinik pergigian terkemuka di daerah Kajang. Klinik ini menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan pergigian yang berorientasikan pesakit dengan menggunakan peralatan gigi terkini yang dapat menghasilkan kesihatan gigi terbaik.
Kami kini mempunyai 2 cawangan di Kajang, yang mana klinik pertama adalah terletak di Jalan Bukit sejak tahun 2012 dan klinik kedua pula terletak di MKH Avenue. Anda boleh menyemak peta lokasi dan maklumat yang berkaitan di halaman ‘Hubungi Kami’ .
Pasukan profesional pergigian dan kakitangan kami bersikap ramah dan bekerja tanpa lelah. Kami bersedia untuk mengendalikan semua jenis rawatan pergigian dengan gigih untuk mencapai hasil rawatan yang tepat dan cemerlang. Kami menghargai kepercayaan anda dan bertekad untuk memberikan anda rawatan pergigian yang terbaik. Selama bertahun-tahun, kami memilih setiap anggota klinik ini dengan teliti. Kesemua pakar pergigian dan doktor gigi am klinik ini adalah berpengetahuan dan berpengalaman.
Sila lawati halaman Testimoni kami untuk memahami lebih lanjut tentang ulasan pelanggan mengenai perkhidmatan kami. Sekiranya anda ingin mendapatkan informasi dan aktiviti terkini kami, sila ikuti halaman Facebook kami.
Pasukan Kami
Dr. Sharon Lee Wai San Founder
BDS (Malaya)
Fellowship (ICCDE)
Dr. Lim Yee Chin Oral & Maxillofacial Surgeon
BDS (Malaya)
MClinDent (OMFS) (Malaya)
Dr. Lee Pei Nee Prosthodontist
BDS (PIDC)
MFDS RCS (Edinburgh)
MDS Prosthodontics (HK)
M Prosthodontics RCS (Edinburgh)
Dr. Lee Yin Ci Prosthodontist
BDS ( PIDC )
DClinDent Prosthodontics ( Edinburgh)
MFDS RCS ( Edinburgh)
Dr. Koh Keng Hong
BDS (UM)
Cert Implants University Michigan
Dr.Kelvin Kwok Kum Weng
DDS (UKM)
Dr. Jayne Lee Jia Yan
BDS (PIDC)
Dr.Ong Yee Qian
BDS (Malaya)
Dr. Khoo Jian Ke
BDS (UNPAD)