Skip to content
Menu
Menu

Pengamal pergigian keluarga yang setia berkhidmat

Pergigian Am & Keluarga

Di Lee Dental Kajang, pasukan profesional pergigian akan melayani pesakit bagaikan ahli keluarga mereka sendiri.  Keramahan petugas kami akan membuat anda seperti merasakan pengalaman di rumah sendiri. Sekiranya anda bersedia mengubah penampilan anda dan menyesuaikan bentuk senyuman anda, kami sedia membantu! Sebagai pengamal pergigian keluarga yang setia berkhidmat, kami merawat pesakit daripada semua peringkat umur.

Perundingan Pergigian

Kami pakar dalam mewujudkan senyuman indah dengan satu lawatan sahaja. Di Lee Dental Kajang, kami menyediakan anda dengan pelbagai penjagaan pergigian berdasarkan teknologi canggih, agar anda dapat mencapai senyuman yang cerah, menawan dan anda banggakan. Kami mengalu-alukan penduduk di kawasan Selangor untuk menghubungi klinik kami dan membincangkan sebarang masalah kesihatan mulut yang anda alami ataupun kehendakan anda untuk memperbaiki senyuman dan penampilan anda. Kami boleh membetulkan kedua-duanya di klinik pergigian kami.

Setiap orang seharusnya menjalani pemeriksaan gigi berkala setiap enam bulan, untuk mendapatkan rawatan profesional demi kesihatan mulut yang optimum. Semasa pemeriksaan, doktor gigi akan mengesan masalah pergigian dan mencadangkan rawatan yang bersesuaian dengan kehendakan dan keperluan anda.  Pada masa yang sama, pegawai profesional kami juga memberi nasihat untuk membantu menjaga kesihatan gigi. Pemeriksaan pergigian secara berkala dan perundingan pergigian adalah perkhidmatan standard yang ditawarkan di Lee Dental Kajang. 

Penskaleran Dan Penggilapan (Profilaksis)

Penskaleran dan penggilapan gigi juga dikenali sebagai profilaksis merupakan rawatan yang dilakukan untuk membersihkan gigi dan gusi secara menyeluruh. Profilaksis adalah rawatan pergigian yang penting untuk menghentikan pembentukan gingivitis dan penyakit periodontal.

Profilaksis adalah prosedur yang berkesan dalam menjaga rongga mulut dalam keadaan sihat dan menghentikan pembentukan penyakit gusi. Faedah-faedahnya termasuk:

  • Penyingkiran plak;
  • Senyuman yang kelihatan lebih sihat;
  • Nafas lebih segar.

Profilaksis boleh dilakukan di klinik pergigian kami. Kami mengesyorkan agar profilaksis dilakukan dua kali setahun sebagai langkah pencegahan. Walau bagaimanapun, penghidap periodontitis harus menjalani rawatan tersebut setiap 3-4 bulan. Harus diingat bahawa penyakit gusi tidak dapat dibalik sepenuhnya, tetapi profilaksis adalah salah satu rawatan yang dapat digunakan oleh doktor gigi kami untuk menghentikan pembentukannya dengan berkesan. 

Penampalan Gigi

Kehausan fizikal atau pereputan gigi disebabkan oleh pengambilan makanan dan minuman bergula akan mengakibatkan kerosakan gigi. Penampalan gigi adalah salah satu pilihan rawatan yang doktor gigi lakukan untuk memperbaiki rongga gigi.

Pesakit dari semua peringkat umur, bahkan kanak-kanak kecil mungkin memerlukan penampalan gigi. Anda mungkin memerlukan penampalan gigi sekiranya anda menghadapi masalah-masalah kesihatan mulut, termasuk kerosakan gigi, hakisan asid, lelasan dan kehausan gigi.

Di Lee Dental Kajang, kami mempunyai tampalan gigi yang berdasarkan pelbagai jenis bahan. Doktor gigi akan mencadangkan jenis tampalan yang mereka berpendapat bahawa perlu digunakan dari segi klinikal (perubatan). 

Pergigian Geriatrik (Warga Emas)

Kami berpengalaman dalam menangani keperluan khas dan pergigian geriatrik. Di Lee Dental Kajang, kami menyediakan perawatan pergigian kepada warga emas yang melibatkan diagnosis, pencegahan, dan rawatan masalah kesihatan mulut.

Warga emas mempunyai tujuan rawatan yang amat berbeza berbanding orang muda. Justeru itu, kami akan menyesuaikan prosedur dan rawatan dengan sewajarnya.

Pelindung Mulut

Lee Dental Kajang menyediakan pelindung mulut tempahan khas untuk ahli sukan yang mengambil bahagian dalam sukan yang lasak, dan untuk orang yang mengalami pelbagai keadaan seperti apnea tidur, berdengkur dan menggiling gigi (bruxisme). Terdapat pelbagai jenis pelindung mulut, anda boleh mendapatkan pelindung mulut tempahan khas dari klinik pergigian kami.

Pelindung mulut tempahan khas adalah dibuat khas oleh profesional pergigian agar ia dapat melekap pada mulut dan gigi anda dengan baik, dengan itu ia dapat menawarkan keselesaan dan perlindungan terbaik.

Hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelindung mulut dan membuat janji temu.

Anda mungkin akan berminat dengan servis lain-lain

PENDAKAP GIGI LUTSINAR (Invisalign®) Rawatan Ortodontik

PENDAKAP GIGI Ortodontik

PEMUTIHAN GIGI Pergigian Kosmetik

KANAK-KANAK Pergigian Pediatrik

ABOUT US

Established in 2012, Lee Dental Surgery is a leading dental healthcare provider in Kajang. We have a professional team of dentists who are committed to Excellence in Dentistry. Equipped with the latest dental equipments, our team assures patient-oriented treatments with outstanding quality and results.

LINKS

ADDRESS

Kajang
Lot A-3A-1, 4th Floor, Jalan Avenue 1A, MKH Avenue, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
(Get Direction: Google Map / Waze)
+603-8736 8398 (Primary)
+603-8741 4233
+6010-2207 221

BUSINESS HOUR

MON-FRI: 9:30AM~6:30PM
SATURDAY: 9:30AM~5:30PM
SUNDAY: 9:30AM~3:30PM

Please call for an appointment

ABOUT US

Established in 2012, Lee Dental Surgery is a leading dental healthcare provider in Kajang. We have a professional team of dentists who are committed to Excellence in Dentistry. Equipped with the latest dental equipments, our team assures patient-oriented treatments with outstanding quality and results.

LINKS

ADDRESS

Kajang
Lot A-3A-1, 4th Floor, Jalan Avenue 1A, MKH Avenue, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
(Get Direction: Google Map / Waze)
+603-8736 8398 (Primary)
+603-8741 4233
+6010-2207 221

BUSINESS HOUR

MON-FRI: 9:30AM~6:30PM
SATURDAY: 9:30AM~5:30PM
SUNDAY: 9:30AM~3:30PM

Please call for an appointment

© 2012-2025 Lee Dental Kajang. This website is managed by Aftersix.Co.
Your usage of this website indicates that you agree to be bound by our Terms of Service Policy, Acceptable Use Policy, Cookie Policy, and Privacy Policy.