Merawat masalah kesihatan rongga mulut dengan laser yang selamat & selesa
Laser Pergigian
Anda mungkin mengalami masalah kegelisahan terhadap gejala pergigian, dan berminat dengan kaedah baru untuk penjagaan kesihatan gigi, anda boleh mempertimbangkan laser pergigian.
Di Lee Dental Kajang, kami menggunakan laser pergigian yang tiada kesakitan, tiada jahitan dan tiada pendarahan dalam prosedur untuk merawat masalah kesihatan rongga mulut pesakit.
Rawatan laser pergigian adalah selamat dan berkesan, dan merupakan revolusi bidang pergigian yang dilakukan oleh doktor gigi. Rawatan ini melibatkan prosedur yang amat selesa, malahan anda mungkin tidak menyedari bahawa anda sedang menerima rawatan pergigian.

Sebagai klinik pergigian yang memberi perkhidmatan laser pergigian di Malaysia, kami boleh menggunakan laser dalam kebanyakan rawatan kami untuk memperbaiki kerosakan gigi tanpa menyebabkan kerengsaan.
Dengan bantuan rawatan laser pergigian, kami boleh menyingkirkan faktor-faktor yang biasanya akan menyebabkan rasa ketidakselesaan atau kerengsaan, seperti kepanasan, tekanan dan getaran yang berlaku semasa prosedur rawatan pergigian.
Sila menghubungi +6010-907 5935/ +603-8741 4233 untuk membuat tempahan temu janji dan rasakan perbezaan rawatan yang dibawa oleh laser pergigian.