Skip to content
Menu
Menu

Menyempurnakan senyuman anda dan meningkatkan tahap kesihatan & keyakinan diri

Pergigian Kosmetik

Kebanyakan orang telah menyedari bahawa perubahan senyuman mereka mampu mengubah hidup mereka. Orang dari semua peringkat umur boleh hilang keyakinan diri terhadap gigi yang tidak sejajar, hilang ataupun bengkok. Maloklusi akan menimbulkan perasaan rendah diri. Oleh itu, semakin banyak orang memilih pergigian kosmetik demi mengatasi masalah tersebut.

Doktor pergigian kosmetik kami komited untuk membantu orang ramai mencapai senyuman yang cerah, menawan dan yang mereka berasa banggakan. Oleh itu, kami menyediakan sejumlah pilihan rawatan yang dapat menyelesaikan cabaran pergigian yang berbeza.

Rawatan pergigian kosmetik melibatkan prosedur yang bebas risiko, dan tidak membahayakan kesihatan. Dengan menyempurnakan senyuman anda, anda boleh meningkatkan tahap kesihatan serta meningkatkan keyakinan diri anda.

Jenis Prosedur Pergigian Kosmetik yang sedia ada:

Venir Dan Luminer Pergigian

Jika anda sedang membuat pertimbangan untuk menambahbaikkan senyuman anda, anda boleh mempertimbangkan penggunaan venir atau luminer pergigian.

Venir atau luminer pergigian adalah pilihan rawatan yang digunakan oleh doktor gigi untuk meyelesaikan beberapa masalah pergigian, termasuk:

  • Gigi yang berubah warna atau gigi yang pecah;
  • Maloklusi ringan hingga sederhana;
  • Gigi bercelah atau berlubang yang tidak kelihatan baik;
  • Gigi patah.

Ciri fleksibiliti rawatan ini membolehkan doktor pergigian kosmetik menyelesaikan pelbagai masalah dengan teknik yang sama. Ini bermaksud bahawa pesakit hanya perlu menerima satu rawatan untuk menyelesaikan beberapa masalah sekaligus. 

Venir vs. Luminer Pergigian

Venir merupakan porselin nipis berbentuk khas yang dihasilkan di makmal pergigian bagi menutup permukaan gigi yang bermasalah. Ia dilekat pada enamel asal gigi. Doktor gigi perlu mengikis lapisan enamel dari permukaan gigi pesakit untuk menampung ketebalan venir. Proses penyediaan dan ikatan memerlukan tempoh masa yang agak panjang. Venir tradisional biasanya boleh bertahan selama 8 hingga 10 tahun, dengan kadar kejayaan tinggi yang boleh bertahan sehingga 20 tahun.

Di sebaliknya, Luminer pergigian adalah venir ultra nipis dan separuh lutsinar, ianya replika yang hampir sempurna kepada enamel gigi serta tidak memerlukan gigi dikikis seperti proses venir. Ini bererti luminer pergigian tidak memerlukan pesiapan secara intensif, dan biasanya, proses pemasangannya hanya memerlukan dua kali kunjungan. Walau bagaimanapun, ketahanan luminer pergigian mungkin berpotensi rendah. Ini bermaksud ia tidak bertahan lama seperti venir, dan tidak seberkesanan bagi menyembunyikan gigi yang berubah warna atau rosak.

Pemutihan Gigi

Semua orang layak untuk memiliki gigi putih bak mutiara yang mereka banggakan. Namun, proses penuaan semula jadi dan tabiat pemakanan atau peminuman boleh menyebabkan gigi menjadi kusam dan kuning. Justeru itu, kami perlu menerima rawatan pemutihan gigi secara berkala demi mencapai penampilan wajah yang menawan.

Lee Dental Kajang terkenal dengan kemampuan meningkatkan penampilan wajah dan senyuman pesakit. Rawatan pemutihan gigi profesional kami adalah antara satu kaedah termudah untuk mengubah senyuman anda. Anda boleh mendapatkan rawatan ini untuk acara khas atau sebagai sebahagian daripada rutin kesihatan mulut biasa anda.

Kami mengesyorkan agar penduduk di Selangor membuat janji temu dengan pasukan pergigian profesional kami dengan segera.

Hubungi kami hari ini

Hubungi Lee Dental Kajang melalui +6010-907 5935 / +603-8741 4233 untuk maklumat yang lebih lanjut dan membuat janji temu untuk perundingan pergigian di klinik pergigian kami yang terletak di kawasan Selangor.

Anda mungkin akan berminat dengan servis lain-lain

PENDAKAP GIGI LUTSINAR (Invisalign®) Rawatan Ortodontik

PENDAKAP GIGI Ortodontik

PEMUTIHAN GIGI Pergigian Kosmetik

PERUNDINGAN PERGIGIAN Perundingan Pergigian

ABOUT US

Established in 2012, Lee Dental Surgery is a leading dental healthcare provider in Kajang. We have a professional team of dentists who are committed to Excellence in Dentistry. Equipped with the latest dental equipments, our team assures patient-oriented treatments with outstanding quality and results.

LINKS

ADDRESS

Kajang
Lot A-3A-1, 4th Floor, Jalan Avenue 1A, MKH Avenue, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
(Get Direction: Google Map / Waze)
+603-8736 8398 (Primary)
+603-8741 4233
+6010-2207 221

BUSINESS HOUR

MON-FRI: 9:30AM~6:30PM
SATURDAY: 9:30AM~5:30PM
SUNDAY: 9:30AM~3:30PM

Please call for an appointment

ABOUT US

Established in 2012, Lee Dental Surgery is a leading dental healthcare provider in Kajang. We have a professional team of dentists who are committed to Excellence in Dentistry. Equipped with the latest dental equipments, our team assures patient-oriented treatments with outstanding quality and results.

LINKS

ADDRESS

Kajang
Lot A-3A-1, 4th Floor, Jalan Avenue 1A, MKH Avenue, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
(Get Direction: Google Map / Waze)
+603-8736 8398 (Primary)
+603-8741 4233
+6010-2207 221

BUSINESS HOUR

MON-FRI: 9:30AM~6:30PM
SATURDAY: 9:30AM~5:30PM
SUNDAY: 9:30AM~3:30PM

Please call for an appointment

© 2012-2025 Lee Dental Kajang. This website is managed by Aftersix.Co.
Your usage of this website indicates that you agree to be bound by our Terms of Service Policy, Acceptable Use Policy, Cookie Policy, and Privacy Policy.